§ Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ke-7 dari kelahiran bayi atau pada hari ke-14 atau ke-21. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
§ Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.